Pages

Tuesday 3 May 2016

Let's Take Up Some Break~












Assalamualaikum..


Ya.. Saya terlalu sibuk mengejar urusan dunia sampai terlupa yang Allah masih lagi izinkan saya untuk hidup sampai lah hari ni. Phew... Tapi, itu lah manusia. Lumrah manusia.


Anyway, Alhamdulillah, saya dah tamat pengajian di matrikulasi. Wooohoooo!! What? Eh, saya enjoy ni bukan sebab bahagia dapat tinggalkan KMP ( Kolej Matrikulasi Perlis ). Saya enjoy ni sebab dapat cuti 5 bulan! Tapi sejujur-jujurnya lam sedih la jugak bila kena tinggalkan bumi KMP yang gempak giler tu. Serious saya cakap, life kat situ best gila sebabnya, kami geng2 KMPians ni cuma berkenalan dalam tempoh lebih kurang 10 bulan ja. Sat sangat. Tapi,  sedar tak sedar perkenalan dalam tempoh yang singkat itu la yang boleh meninggalkan memori yang berkekalan.







Untuk pengetahuan hampa la kan... Di situ, Allah ketemukan saya dengan seseorang yang sangat, bagi saya istimewa lah. Dan nama dia ialah Farah Hanani Bt Zaini. Sapa dia ni? Apa yang istimewa sangat dengan makcik Farah ni? (uhuk2. umur dia sama ja dengan saya. kekeke) Saya tak tau. Tapi yang saya perasan dia ni seorang budak yang ada pemikiran yang sangat matang. Dalam hidup dia dia ada satu impian iaitu, dia bercita2 nak travel satu dunia. Sebab bagi dia, dengan merantau ke tempat orang, di situ lah kita dapat kenal budaya setiap tempat. Dan yang paling penting bagi dia, dia nak kenal pemikiran masyarakat lain di dunia ni.


Dan Farah jugak, ada satu sikap dia yang memang saya salute pada dia. Dia tetap akan buat someone tu happy, even budak tu banyak kali menyakitkan hati dia. Saya pernah juga tanya dekat dia sebab apa dia buat macam tu. Satu ja dia kata " Ko pernah tak rasa somethin bila ko dapat gembirakan someone. Bagi aku, aku rasa puas hati and enjoy bila aku dapat puaskan hati sapa2 pon even dia pernah buat salah dengan aku". Serious saya cakap, tak pernah saya jumpa orang yang macam ni melainkan dalam drama. Hati dia terlalu baik bagi saya. Sampaikan 10 bulan yang Allah bagi pada kami berdua saya rasa masih tak cukup untuk saya kenal dengan dia dengan lagi mendalam. Dear Farah, kalau awak ada terbaca blog ni or lebih tepat lagi terbaca post ni, saya nak bagi tau dekat awak, saya rindu nak dengar nasihat dari awak, bertukar pendapat dengan awak bergosip dengan awak. Even nanti kita akan sambung dengan life masing-masing, saya mintak tolong jangan lupakan persahabatan kita. Okay? :')



Kalau nak cerita segala benda pasal memori di KMP, alamatnya saya masuk uni nanti baru habis menaip pasai cerita ni ja. Apa pun, untuk sesiapa yang dapat tawaran ke KMP, akak promote kat adik2, masuk la ke sini. Pensyarah di sini best sangat2 and sangat membantu. Dan kalau sapa bernasib baik, dapat la pensyarah yang rajin belanja korang.

So sampai sini ja la kot catatan untuk hari ni. (maybe untuk tahun ni :D) Sampai berjumpa lagi. Bye~

No comments:

Post a Comment