Tuesday, 3 May 2016
Let's Take Up Some Break~
Assalamualaikum..
Ya.. Saya terlalu sibuk mengejar urusan dunia sampai terlupa yang Allah masih lagi izinkan saya untuk hidup sampai lah hari ni. Phew... Tapi, itu lah manusia. Lumrah manusia.
Anyway, Alhamdulillah, saya dah tamat pengajian di matrikulasi. Wooohoooo!! What? Eh, saya enjoy ni bukan sebab bahagia dapat tinggalkan KMP ( Kolej Matrikulasi Perlis ). Saya enjoy ni sebab dapat cuti 5 bulan! Tapi sejujur-jujurnya lam sedih la jugak bila kena tinggalkan bumi KMP yang gempak giler tu. Serious saya cakap, life kat situ best gila sebabnya, kami geng2 KMPians ni cuma berkenalan dalam tempoh lebih kurang 10 bulan ja. Sat sangat. Tapi, sedar tak sedar perkenalan dalam tempoh yang singkat itu la yang boleh meninggalkan memori yang berkekalan.
Untuk pengetahuan hampa la kan... Di situ, Allah ketemukan saya dengan seseorang yang sangat, bagi saya istimewa lah. Dan nama dia ialah Farah Hanani Bt Zaini. Sapa dia ni? Apa yang istimewa sangat dengan makcik Farah ni? (uhuk2. umur dia sama ja dengan saya. kekeke) Saya tak tau. Tapi yang saya perasan dia ni seorang budak yang ada pemikiran yang sangat matang. Dalam hidup dia dia ada satu impian iaitu, dia bercita2 nak travel satu dunia. Sebab bagi dia, dengan merantau ke tempat orang, di situ lah kita dapat kenal budaya setiap tempat. Dan yang paling penting bagi dia, dia nak kenal pemikiran masyarakat lain di dunia ni.
Dan Farah jugak, ada satu sikap dia yang memang saya salute pada dia. Dia tetap akan buat someone tu happy, even budak tu banyak kali menyakitkan hati dia. Saya pernah juga tanya dekat dia sebab apa dia buat macam tu. Satu ja dia kata " Ko pernah tak rasa somethin bila ko dapat gembirakan someone. Bagi aku, aku rasa puas hati and enjoy bila aku dapat puaskan hati sapa2 pon even dia pernah buat salah dengan aku". Serious saya cakap, tak pernah saya jumpa orang yang macam ni melainkan dalam drama. Hati dia terlalu baik bagi saya. Sampaikan 10 bulan yang Allah bagi pada kami berdua saya rasa masih tak cukup untuk saya kenal dengan dia dengan lagi mendalam. Dear Farah, kalau awak ada terbaca blog ni or lebih tepat lagi terbaca post ni, saya nak bagi tau dekat awak, saya rindu nak dengar nasihat dari awak, bertukar pendapat dengan awak bergosip dengan awak. Even nanti kita akan sambung dengan life masing-masing, saya mintak tolong jangan lupakan persahabatan kita. Okay? :')
Kalau nak cerita segala benda pasal memori di KMP, alamatnya saya masuk uni nanti baru habis menaip pasai cerita ni ja. Apa pun, untuk sesiapa yang dapat tawaran ke KMP, akak promote kat adik2, masuk la ke sini. Pensyarah di sini best sangat2 and sangat membantu. Dan kalau sapa bernasib baik, dapat la pensyarah yang rajin belanja korang.
So sampai sini ja la kot catatan untuk hari ni. (maybe untuk tahun ni :D) Sampai berjumpa lagi. Bye~
Thursday, 26 June 2014
.:Friendship:.
Assalamualaikum..
Alhamdulillah.. Pejam celik, pejam celik, dah sampai 2014 dah kan? Senang kata dah nak sampai dah turn saya untuk masuk dalam dewan peperiksaan di SMK Derma buat KALI YANG TERAKHIR.. :'< Ya Allah.. Permudahkanlah aku dengan kawan2 aku jawab exam nanti. Aku takut! Bagi la kami dapat pegang slip SPM tahun depan dengan air mata sesejuk embun dan bukannya air mata darah. Amin..
So, let's straight to the point. Islam, Keluarga dan Ukhwah tu semuanya nikmat daripada Allah yang xterhingga. Dah jelas, bila Dia dah bagi semua tu, memang sah la kita kena bersyukur dengan semua tu. Senang kata bila kita jadi seorang muslim, kita kena jaga nikmat Islam dan Iman tu baik2 dengan buat semua yang Dia perintah. Ada keluarga, kena berbakti dekat keluarga, dan bila ada kawan, kita kena jaga hubungan baik dengan dia.
Saya tau kita ni hidup dalam zaman yang penuh dengan dugaan. Setiap benda yang kita buat memang xboleh silap sikit. Kalau tersilap satu langkah saja, maka dosa menghampiri kita. Lebih2 lagi bila ada semua gadget2 canggih yang skali tekan boleh buka pintu dosa and pintu pahala. Terpulanglah dekat tuan punya gadget tu dia nak pilih pintu mana satu. Lagi pon, hidup sebagai calon SPM ni bukan boleh buat main2. So saya cukup pantang bila nampak kawan2 saya macam terleka main gadget tu semua. Sampai dah kurang bercakap dengan kawan2 apa semua.. Ni yang xsyok ni. Satu, dah la kita punya friendship dah makin lemah. Yang kedua.. Akademik awak kawan oi..... Yes, saya mengaku, memang ramai students yang cerdik tapi still main gadget. Cuma, bezanya depa tau time bila depa nak bukak gadget tu semua. Kita bila nak study jangan study sepanjang masa. Ada time kita kena relax jugak. Tapi bila relax, jangan relax selama2nya.
Senang kata, kawan mana la yang selesa bila tengok kawan dia sendiri dah berubah 360 degree! And satu lagi benda yang saya cukup3 hangin, tolong lah kawan. Jangan lupa mana benda yang halal, mana benda yang haram. Saya ingat lagi, dulu masa kita duduk satu kelas, awaksebiji macam ustazah. Awak selalu bagi nasihat dekat kawan, dengar masalah kawan.. Tapi lani, awak dah lain. Serious, saya rindu ukhwah kita masa tahun lepas. Gelak, masam, masin, kelat, manis.. Argh. Semua rasa lah yang kita share sama2 tahun lepas.
Ya, saya tau. Kita ni perempuan memang AKAN terjatuh hati dekat lelaki ajnabi.. Cuma cara kita jatuh tu, jangan la jatuh dalam perangkap dosa dia. Biar kita jatuh dalam keimanan yang akan dia bagi dekat kita nanti. Senang cakap, tolong lah kawan. Form 5 ni bukan lagi masa untuk kita bercinta. Simpan la dulu hati awak tu baik2.. Lepas habis U nanti, lantak awak la awak nak bagi hati tu dekat anak dato ka, putera raja ka, saintis ka.. Janji dia boleh bimbing awak ke syurga. Kalau bercinta time2 muda ni,,, boleh percaya ka dia 100% sayang kat awak? Saya xrasa benda tu boleh tahan lama. Tolong kawan. Sekali lagi saya nak peringat. Kita ni nak ambik SPM!
Ok lah. Stakat tu saja luahan hati saya. Saya xkisah kalau awak xsuka dengan semua yang saya tulis ni. Nak marah sampai mana pon saya xkisah. Tu semua hak awak. Cuma saya nak peringat, semua yang ditulis ni luahan hati dari kawan2 awak. Bukan saja2 kami nak bangkang apa yang awak buat. So, fikir masak2 and DO THE BEST FOR YOUR SPM. Amin.. :')
Tuesday, 3 December 2013
Tak Boleh Guna Salam??
Assalamualaikum..
Baru2 ni, saya ada terbaca satu status yang dishare oleh sorang adik ni. Dalam status tu dia cakap yang perkataan salam tu xboleh guna. Katanya, salam tu bermaksud celakalah kamu. Masalahnya, betul ka apa yang dinyatakan dalam status tu? Kalau nak tau jawapan dia, kena la check betul2, sahih ka benda yang kita dapat tu.
Daripada link blog ni: http://dahagakan-ilmu-islam.blogspot.com/2012/03/siapa-kata-tak-boleh-sebut-perkataan.html , dia dah terang dengan cukup jelas maksud salam tu sendiri. Salam tu daripada perkataan Arab. Maksud dia ialah SELAMAT. So, saya rasa pelik, macam mana pulak depa boleh cakap yang perkataan salam tu maksud celaka? Pelik sungguh.. Jadi la kerja depa dok mereka-reka benda yang langsung xmasuk akal.
So, kesimpulannya, kalau nak share apa2 pon kat fb, tambah2 kalau bab2 ISLAM, better kita check sampai kita puas hati dengan benda tu. Jangan suka2 hati ja nak tekan button SHARE kalau kita pon malas nak periksa artikel yang kita dapat tu. Takut2 kita dah buat satu dosa sebab dah mencelarukan pemikiran umat Islam.
Setakat ini saja bebelan daripada saya. :D Harap2 kita semua akan jadi lebih berhati2 kalau sebelum nak sebarkan sesuatu fakta. Sekian. :)
Sunday, 10 November 2013
Miss Huh?
Assalamualaikum..
Hi!! Agak2, ada sapa2 dak yang mula rindu nak baca post blog ni.. (ceh. perasan :p) Kalau tanya tuan punya blog, memang sah la dia rindu. Dah lebih kurang 2 tahun dah saya tulis blog ni. Bila dah berpisah, mesti la teringat. Tapi nak buat macam mana.. Xcukup masa. Asyik kena study, study, study.. (Eleh.. padahal dok online game ja) Apapun, banyak sangat2 benda yang nak diceritakan kat sini.
First, bulan ni saya baru habis final exam. Alhamdulillah,, dapat 4A saja. Memang xdinafikan, soalan2 tu serious susah. Tambah2 lagi kalau subjek addmath.. Fuh.. Hanya orang2 terer ja yang boleh skor untuk subjek tu. Tah la. Bila difikir2kan balik, macam betul cakap cikgu saya yang sorang tu. Susah2 payah study addmath, mai dah besar, bukannya nak mengadap subjek tu lagi. Hahah! Tapi, tak salah kalau kita belajar pon. Dah menuntut ilmu tu kan Fardu Kifayah.. Kan kan kan... :D
Lagi... Umm.. Ha!!!! Nak tau dak satu benda. Tahun ni la tahun yang paling saya.. Tah la. Cemburu kot. :D Isyh.. Nanti dulu.. Xcakap apa pon lagi. Jangan salah faham na geng.. Mai nak pebetulkan. Tahun ni, ada sorang kawan saya tu dapat masuk NSC (National Science Challenge). Sapa xcemburu. Saya ni, dah berkurun dok idam nak masuk pertandingan ni. Tapi, ni la yang dikatakan rezeki. Nak buat macam mana, dah tahun ni rezeki dia yang dapat masuk. Dia pon dah semakin terer dari dulu.. Maklumlah.. Budak MRSM.. Ketua PRS pulak tu. BWP pulak tu. Seronok la mak abah dia.. :)
Apa pun, yang paling penting ialah tahun depan saya kena duduk dalam dewan peperiksaan lagi sekali.. Atau nak bagi senang cerita, tahun depan saya ambik SPM. :'D Doakan kejayaan buat saya na! Amin.. Habis SPM tu, tak tau la nak sambung mana pulak. Macam sayang ja nak tinggal rumah. Maklumlah, anak manja.. >_< Hahah! Dah dah.
Sampai sini ja post saya kali ni. Tak tau dah nak mengadu apa lagi. Benda2 lain, biar simpan dalam hati saja la. (Cewah!) Ok. See you soon. Assalamualaikum.. :)
Tuesday, 6 August 2013
Baik Buruk Sesuatu Benda..
Assalamualaikum..
Helooo.. Macam mana persiapan raya?? Lancarkah?? Ceywah.. Tetiba ja ayat mcm dok tengah bercakap dalam dewan parlimen tu.. :D
Hahah! Ok2. Berbalik ke topik asal.. (ayat formal lagi.. :D) Ha! Sapa xkenal lambang kat atas? Mesti semua orang kenal kan?? Or, dengan erti kata lain,, mesti semua orang pernah ada acc twitter. Kan?? Saja la nak share sikit2 berkenaan dgn bendalah twitter ni.. Yup, saya mengaku, saya pon ada acc ni. Tapi, follower tu, xramai. Bukan sebab apa, bendalah ni selalunya famous dalam kalangan orang2 yang famous jugak. So, saya xmau la di follow oleh golongan2 ni, sebab takot nanti xpasal2 saya diumpat, or difitnah.. Kan??
Memang ada baiknya bila kita ada acc twitter. Salah satu daripadanya, kita boleh berdakwah macam nak ajak orang kenal lagi dengan Islam dengan lebih mendalam. Memang xboleh dinafikan, ramai juga muslimin and muslimah yang betul2 serious dalam bab2 mendakwah ni. Ada juga la daripada geng2 ni yang saya kenal sikit.
Tu kalau untuk orang yang betul2 gunakan acc ni lah. Ada jugak orang yang guna dia untuk nak luahkan perasaan (macam saya :D).. Tapi, kalau nak luah pon, luah ala kadar saja. Saya pon pernah telebih meluahkan perasaan xguna ni, sampai tegang tali persahabatan saya dulu. Serious menyesal xhabis2.. Tapi Alhamdulillah,, sampai stakat ni, kami still boleh bergaul dengan baik. Walaupun xmacam dulu.. :')
Cuma satu saja yang saya xpuas hati dengan twitter ni.. Bila kita tweet apa2, ada jugak orang yang baca tweet tu xhabis. So, tertimbulah kesimpulan yang langsung xkena dalam pemikiran dia. Senang kata dengan perkataan "abang". Perkataan tu kan digunakan dalam banyak maksud. Satu, maksudnya ialah abang kandung. Satu bermaksud orang lelaki yang senior dari kita. Dan satu lagi ialah panggilan untuk lelaki ajnabi yang paling rapat dengan kita. So, bila kita xhabis baca tweet seseorang tu, xo xpasal2 kita pi kata yang dia tu tengah bercinta. Astaghfirullah.. Kan ni dah boleh timbul fitnah.. Sebab tu Islam ada ajar kita untuk selidik habis2 sebelum buat satu2 konklusi.. Saya pon dah ambil pengajaran dengan apa yang pernah jadi dengan saya sebelum ni. Alhamdulillah, benda tu berenti dengan begitu cepat. :)
So, kesimpulannya, bila nak tweet tu, tweet benda2 yang jauh dari syak orang2 ramai. Dan kepada pembaca tweet, tolonglah baca bagi habis, apa yang someone tu tulis. Jangan terburu2 nak buat andaian. Takot2 kita telah mencipta satu fitnah yang boleh merenggangkan hubungan kita semua..
Hmm.. Ini saja lah kisah dalam minggu ni. Minta maaf la kalau ayat ni formal xsangga2. Kadang2, ada juga masa untuk kita bercakap secara serious. Harap maaf sekali lagi kalau ada sapa2 terasa. Post kalini memang xditujukan untuk sapa2 pon. Cuma nak share baik buruk twitter.. Sekian.. :)
Saturday, 3 August 2013
Hadiah Raya!!
Assalamualaikum..
Alhamdulillah.. Harini dah genap 25 hari umat Islam berpuasa.. And, saya still lagi dapat hidup di bumi Allah ni.. Ok, bila dah kata 25 hari dah, so that means lagi lima hari, masuklah bulan Syawal.. Or dgn erti kata lain, kita bakal sambut Hari Raya Eidil Fitri.. Alhamdulillah.. Cepat sangat jarum jam kat dinding tu berpusing. :')
Ha, sebut pulak pasal raya kan.. Awak semua dah ada ka kuih raya dalam balang kat rumah tu??? :D Saya???? Hah! Cuba tengok gambar kat bawah.. Kuih Sdn Bhd OK! :D Syok sangat2! Yala.. Tahun ni lah first time mak saya bagi anak dara dia ni buat kuih sendiri.. Kalau dulu... Hmm. Harap boleh dok menempek kat tepi dia ja la bila dia buat kuih. Jealous tau dak. :D
![]() |
| My First Try.. ^_^ |
![]() |
| What?! |
Ya Allah... Serious happy gila harini.. :'D Dah bekurun saya tunggu time2 mcm ni. Alhamdulillah.. Dah la dia kata nak bagi bela yang kaler sama mcm Hurairah dulu.. :') Terharu gila lah! Kalau macam ni, duit raya 500 ringgit pon kalah.. :D
So, tu ja kot benda yang nak di "tayangkan" harini.. Insya Allah,, bila ada masa lapang, saya update la lagi noh.. C U Next Time. :)
Thursday, 11 July 2013
I'm 16 ^^
Assalamualaikum..
phew.. akhirnya, terubat jga rindu saya dengan blog lama ni.. lama ka xlama ka, yang penting blog ni blog saya. of course lah saya rindu..
wei, tau dak, haritu saya mimpi jumpa Adam Levine hoih!! >.< argh!!!! handsome k. tapi, yang lebih menambahkan kehenseman dia tu,, dia pakai uniform skolah!! 3 hari saya angau xhabis2. hahah.. bila cerita kat aina, dia macam paham xpaham ja.. ya la. dia tu kan gila k-pop. mana lah layan sangat artis barat2 ni..
ha. cakap pasai dekat skolah, haritu kami semua ada kelas PI. mula2, ustaz suruh baca balik pasai haji and tanya kat dia apa2 yang kami xpaham. then, dinie suruh ustaz bukak video pasai Makkah. so, ustaz pon bukak lah Youtube. bukak2 tengok2 ada parody pasai budak yang couple seminggu tu. so, video pasai Makkah diganti dengan video budak mengada tu lah.. hahah! satu kelas dok gelak. ustaz pon tumpang bantai skali. yang tu memang xleh tahan..
hmm.. kita pon baru masuk Ramadhan kan.. and Alhamdulillah.. stakat ni saya still boleh posa. harap2 taun ni dapat la saya posa macam orang yang normal sikit.. Amin..... ha. sepanjang bulan Ramadhan ni, SMK Derma mewajibkan semua pelajar Islam bertadarus waktu rehat. Syukur sangat dapat pengetua yang pentingkan bab2 agama. at least, xdak la students dok buang masa main bola lah,, besembang kosong lah.. kan baguih bila ada program macam tu..
ha satu lagi, boleh pulak buat lupa. saya dah cukup 16 tahun!! :) happy nya.. birthday haritu, mak bagi jam. sayangnya, jam tu besar sangat. abah pi potong pon still besar. so saya kena tanam azam nak gemok balik macam dulu. abah beli kain buat baju raya. Fatin,,, dia bagi note book.. kaler Maroon... :D yang tu xleh tahan. Aina pulak buat chocolate!! anis and deanna wish dalam bahasa german dengan spain kot kalau xsilap. apa pon, thank you semua. serious, saya terharu sangat2..
ok lah. nak kena pi main game. and ready untuk ULBS Bi pulak. bye!
Saturday, 26 January 2013
HEY!!!
Assalamualaikum..
hey there!! macam mana taun baru? rumah baru? kerja baru? baju baru? azam baru? sekolah baru? kelas baru!!! mcm mana???? best ka dak? ok.. memang post kali ni agak banyak tanda tanya.. heeee... ^^ setelah lama xmerepek kat sini,, edit blog ni,, akhirnya ada jugak post baru noh blog.. nak buat gena, habih PMR, dalam dok budget nak main laptop,, tetiba dia lingkop pulak.. 2 bulan dok kat kilang.. bila dah 2 bulan, means habih la masa cuti..
sepanjang xupdate blog ni, banyak benda dah jadi. ada yang saya suka,, ada yang saya meluat.... =_______=''' xpa la. yang meluat2 tu,, lupakan. meh kita sembang bab2 yang kita minat. ha.. berkat dikuarintinkan daripada laptop ni time dekat2 PMR,, Alhamdullilah... i've got straight a's! terima kasih sangat2 untuk semua yang xjemu2 bletiaq kat saya suroh baca buku,, and especially untuk semua yang sentiasa mengirimkan doa untuk saya. hanya Allah yang layak untuk balas jasa hampa semua.. :')
umm,, the others, ha! wei! taun ni saya, anis dengan deana dah xdok kat kelas skali.. depa bedua dok kelas LK( lukisan kejuruteraan). (geng2 terer lukih ler ni...) :p me?? owh. cuma dok kelas science tulen. saja nak terima cabaran kakak and abang saya tu.. tapi,, sesekali teghingin jugak nak melukih sekali dengan depa.. ok. stop saiyidah! bagi ada pendirian sikit!
lagi, apa ha?? xtau la. maybe takat ni ja kot. oh, satu lagi.. kemungkinan, blog ni akan lebih jarang di update sebab, hampa tau la kan. dah dok upper form ni, bukan boleh buat main2 sangat.. kot2 sat lagi, teriak lagu macam katak. so,, bye2! see ya next time! ^^
Friday, 17 August 2012
Raya Datang~
Lama kan kita xjumpa.. anyway, result trial haritu saya just dapat 6a. bi ja yg xtau lagi. bm,, hmm.. cuma 78 ja yang bleh pon. paper 1 serious payah. yang paling syok, math dapat 91!! yes! tapi, xleh confident sangat.. kot2 exam sebenar jadi kot lain..
satu lagi, lagi 1,2,, ha, 2 hari lagi kita nak raya. mai saya wish siap2 la. Selamat Hari Raya gengs.. kalau ada sapa2 terasa hati dengan saya, harap maaf na.. taun ni, raya xdak la sebest raya taun2 lepas. yang dulu lagi gempak. ada tok, ada mak ndak, saya pulak still budak2, boleh main puas2. tapi la.. hmm. xmau la cerita sedih2.
kbye.. ^^
Sunday, 1 July 2012
no way!! wei!
Assalamualaikum..
wei!!!!!! awaattt depa mai september ni!! depa tau kan time tu saya kena study untuk PMR!! sampai hati hampa Maroon 5! ahhhhh!! >.< + :'( !! sedih gila! lain kali mai la time2 lepas PMR. lagi senang mai buat konsert kat depan rumah saya. mak! awat jadi macam ni!
#(hiraukan kalau anda menyampah)
Friday, 15 June 2012
Bad, Scary, and A Happy Day
Assalamualaikum..
aww.. comei kan kucing atas tu. kalau la dapat bela dia,, aaaaahhhh!!!!!!! heppy seumoq hidup.
balik ke tajuk tadi.. harini, 15.6.2012 ialah hari yang saya katakan tadi. kita mula dengan yang bad punya. ntah la, harini saya rasa terok gila. xtau pasaipa. badan sengal2, mata rasa letih and dok kira nak marah orang ja. tapi, nasib baik la kawan saya bagi satu lagi lukisan. ^^ dan2 jadi heppy. tapi, bila mai petang, mula baru harini saya rasa takot. pernah dengar game the house,, try la main, serious xtidoq malam ni.
satu lagi, batik yang saya canting tu dah siap dah. weeppyy! tapi, xdak la elok pon. mak saya kata, elok buat kain basah ja. huh! xpa. at least, batik tu hasil tangan saya sendiri. psst.. tapi hari tu mak saya cakap yang dia nak gantong batik tu. bermaksud..... yea!!batikku cantik!
ok, xmau la tulis banyak2. cukup la takat ni. yang lain tu biar tuan punya badan yang tahu..
orite!
Thursday, 12 April 2012
Wo Miss Hang!!
Assalamualaikum.. Heheh,, memang tajuk kat atas agak pelik kan?? tiga bahasa tu.. besala.. konon2nya 1Malaysia.. baik lah kawan2.. marilah kita sama2 kembali ke jalan yang benar. blog!!!! aku rindu hang! ya. tau baru2 ni memang saya ada update blog ni. tapi, maybe lepas ni akan jadi jarang la post2 yang saya nak tulih. ya la. folio satu hapa xketahuan pon, exam tengah taun pon dah nak dekat. hu.. :'( sorry na blog.. tapi xpa, habih PMR nanti kita sembang balik nah blog. ni ada lyric sikit untuk hang blog..
Ku akan menanti,
meski harus penantian panjang,
ku akan tetap setia menunggumu,
sehingga la habih PMR.. huhu...
ok la menggila sikit2. xleh melebih sangat. sekian.. :'<
Tuesday, 27 March 2012
Drawing ^^
Assalamualaikum..
good evening every one!!!! ha, macam mana, elok dak? cuba tanya sapa lukih, ha.. dah tentu la bukan saya. heheh,, this is my friend's art. dia yang lukih. tangan dia, payah la kalau saya nak lawan. jenih tangan terer lukih,. payah la nak tiru.. and one more, dia pon terer dalam math... slalu la dia dapat A.
this one baru la yang saya lukih. tapi xdak la lawa macam yang kawan saya. dia lagi pro. saya ni besa2 ja. kalau stakat nak conteng2 tu boleh la. xdak la kemas pon. tapi selalu nya, conteng2 pon bukan nya jadi pon.
stakat ni ja kot. xdak berita baru pon.. sekian ^^
Saturday, 4 February 2012
No Title
Assalamualaikum..
hmmm,, ya minggu ni saya memang xsuka gila2. ha!! kena kemas rak buku. dah la dalam rak tu bukan mai bersepah, dengan magazine la, atlas la (saya pon x ingat bila masa saya sumbat atlas tu). nak tau macam mana boleh kena kemas tu, ha.. besa la. kat rumah ni ada pemeriksa kebersihan & kekemasan bilik. hu... mak saya la. skali dia bukak rak tu habih macam gempa bumi. ya la. dah la buku2 tu berat gedabak. xpasai kaki saya sakit kena timpa buku. ya, maybe buku2 tu dah dendam lama dah kot dengan saya. ya la dah berkurun xkemas dia.
ok, minggu ni kita sambut Maulidur Rasul.. Alhamdulilah.. sapa yang beranak time2 special macam ni memang dia patut bersyukur. besar rahmat tu.. tapi, saya xtau nak buat apa dalam hari yang special ni,, dok rasa macam nak bukak buku, moga2 mudah nak ingat pelajaran.
ooh,, sebelum saya terlupa, untuk geng 3 tekun, cikgu Maslisa kirim salam kat hampa semua!!! smalam saya chat dengan dia. saya ngadu habih2 yang saya rindu gila2 kat dia.
alright.. lani time makan malam. nak pi makan keropok lekor.. hahah. babai.. :)

Friday, 3 February 2012
Hari Ni...
Assalamualaikum..
berminggu suntuk menanti,, tiba lah harini.. Merentas Desa!!! apa yang saya hepi gila2 hari ni kan, saya dah xsakit perut langsung waktu lari.. sapa xhepi kan. tapi, xdak la dpt number top 10.. cuma lari2 nak bagi badan ok ja.
ok, lagi benda yang saya suka kalini, harini dapat makan chocolate. yummy... :D memang kalau saya makan dia, sure saya jadi hepi although baru lepas bergaduh or something..
ok, tu ja la yang dapat dikongsikan pon. yang lain,,, xdak dah kot.
c u next time ya.
^^
Friday, 27 January 2012
Kita Jumpa Balik!! ^^
Assalamualaikum..
ok.. memang saya rindu gila2 nak nak update blog nih. memang boleh kata dah berkurun la xmai pekemaih blog nih. tah la. lepaih cuti hujung taun lepaih, rasa jemu + xdak apa2 cerita best = meluat dengan berblog ni buat saya malaih nak type mengetype kat blog. tapi, mula harini teringat pulak nak type banyak2 kat sini..
ok. memang macam orang kata, taun baru, hidup baru.. saya rasa taun ni hidup saya memang sengsara gila2. ya la. PMR taun ni, tapi tuisyen satu hapa pon xpi lagi. tu satu. taun ni jugak la saya banyak terasa. xtau la. hati ni tetiba ja mengada2. orang silap cakap nak terasa,, kawan lama xpernah tegoq pon terasa. hai.. ==' xtau la nak buat apa.
xpa la. kita katop semua yang negetif. mai kita stat cerita positif pulak. ok, bulan ni, skolah nak buat merentas desa! wuuuuooooohoouuu!!!!! hepi gila kot. tapi sah2 la kena tinggai kat blakang. yala. saya ni lari pon macam siput tut..... xmau la sebut benda2 yang kasaq tu. tapi, apa salahnya kan, kalau lari slow pon, xpa. janji badan sihat. macam mak kata, lari xpayah dok ingat nak menang..
ok, thats all ja buat awai taun 2012. moga2 kita semua happy xkira la kita dok kat mana pon.
sekian.. ^^

Saturday, 5 November 2011
Esok Raya!!!
Assalamualaikum..
hmm.. dah lama xupdate blog.. baru2 ni jumpa banyak blog kwn lama dan baru.. ada yang tulih benda2 heppy,, ada jugak yang sedih.. tapi xleh nak buat apa la dah jumpa pon skali skala. xpa la.. kita katop bab tu.
esok dah nak raya haji. maybe, raya kali ni xsemeriah raya yang lepaih.. raya ni dah xlengkap macam dulu.. tok saya dah xdak, mak saudara yang saya rapat pon dah xdak.. depa semua bahagia di sana.. ok2.. xmau dah cerita yang sedih.. dah nak raya, deret kena keluaq ayaq mata. urhg! cemuih la!!!
kawan saya di mrsm kata depa exam lepaih raya haji nih.. maksudnya raya kali ni depa kena baca buku la.. hah! padan muka geng2 mrsm.. :) apa kebenda lagi ha yang boleh bawak keluaq dari otak ni??,, hmm,, xtau la. dah boleh tulih banyak ni pon dah besaq rahmat dah.. orite! chow dollu noh~ ^^

Thursday, 3 November 2011
Result ^_^
Assalamualaikum..
Alhamdulilah.. harini, first time seumoq hidup dapat A dalam sejarah.. heppy tahap melampau. tapi, kalah dengan daniel. kalau nak ikot, saya just dapat 4 A dalam exam kali ni.. ==".. yang lain semuanya B.. xpalah.. stakat tu ja yang mampu buat pon..
lain cerita apa lagi ha? umm.. sat2 nak pikiaq.. ooh.. kemarin perlih dilanda hujan batu dalam lebih kurang 6 titik. hahah! ujan ciptaan saya kot.. hah. mu ni saiyidah, banyak memohong betoi la. padahal, hujan tu asainya dari ketulan aih yang di lempaq dari tingkat 4. siao2.. =='''.
apa kebenda lagi ha nak mereka cerita,, hmm.. tah la. stakat ni saja kot untuk harini..
sekian.. :D

Monday, 31 October 2011
.:Pu Chi Tau Nak Letak Title Apa:.
Assalamualaikum..
harini tercatat dalam sejarah, first time seumor hidup saya mula pitam dalam perimpunan. anis dengan cikgu tolong angkat pi duduk kat luaq. dalam dok tunggu perimpunan habih, mai la sorang hamba Allah ni. dia tanya dengan muka seriousnya " na awat ni saiyidah" saya pon bagi tau kata pitam. paihtu dia tanya lagi, " awat, xmakan pagi ka?" habih dia tanya, dia pon lalu macam tu ja pi masuk tinjau kot2 ada budak perempuan yang dok menyembang. kalau sapa terer, teka la sapa dia hamba Allah tu.
harini jugak dapat tau result exam haritu. kami satu kelaih dapat result BM, Geo, BI dengan Science paper 2. yang hampehnya, satu pon xdapat A. cuma dok tunggu Science paper1 la pulak. mintak2 la dapat A.. Amin... anis dah banyak potong saya dah. dia dapat Geo A, BI saheh la A. BM,, emm,, xingat la pulak. tapi, apa pon, azam saya taun depan nak potong dia balik! heh, boleh la noh anis.. :D
orite leh. nak pi main bunga api taun lepaih. heh. babai!

Wednesday, 19 October 2011
Hua!!!! Final Exam Dah Habih!!
Assalamualaikum..
mak ai,, bleh kata dah banyak hari dah xupdate blog.. bukan stakat update, sentuh leptop pon dak. maklum la, haritu dok exam.. disebabkan dah lama tak update, so banyak la cerita nak disampaikan.. heh,, baca la noh~
haritu, jawab paper math, soalan kertaih satu cikgu zaniah buat, kira ok la,, mata saya pon xkeluaq ayaq mata.. tapi mai tang kertaih 2, yang cikgu roziah buat, fuhh!!! pedaih cek dia punya soalan.. ada satu soalan yang saya tinggai.. dahla dok tengah tensyen, masa nak habih, soalan yg xterjawab pon banyak lagi,, tambah pulak dok dapat surat layang dari jiran sebelah.. beduyun2!! haish,, mau boleh nak pi cabut ja kepala dia tu.. (nama tidak dapat dikenal pasti).. anis pon naik bengang sebab dia pon jadi mangsa jenayah ni.. habih ja jawab paper tu, teruih pakat dok syok, math dah habih! wuh!!! saya dengan anis pon apa lagi, pi serbu la penghantaq surat layang tu.. tapi, xdak la bawak masuk sampai keh mahkamah.. just beletiaq ja la kat dia.. so, habih la cerita pasai tu..
habih paper math, sampai la waktu yang ditunggu2kan.. SCIENCE!!!! my lovely subjet! tapi, apa yang xsyoknya, kena jawab science ngan geo dalam hari yang sama! urgh. tapi xpa la, science, Alhadulillah, boleh jawab, cuma geo ja lah.. hmm.. janji jangan sampai dapat C. harini jugak si mukriz tu kena buli. padan muka dia. :p. well,, tu la, dok bangga sangat dengan abah dia.. emm,, abah dia tu tokke mas. tu yang dia bangga tu,, *tauke noh, janga salah paham.. :D
dah la.. dah panaih jari2 ni dok sentuh keybod. em,, nanti kakcik nak balik, "jangan lupa janji anda untuk beli keycen tu untok adik na"...
Sekian.. :)

Subscribe to:
Posts (Atom)

.jpg)